SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 10 December 2015

Trip Guru Kaunseling SMK Cheras ke Sarawak

Program bersama Hari Psikologi Kaunseling Kebangsaan KPM dari 19 hingga 21 Oktober memberi peluang kepada kami berjalan ke Sarawak. Pada 22 Oktober kami geng guru kaunseling SMK Cheras ke Taman Negara Bako di Sarawak. Plan asal pada 22 dan 23 oktober membuat lawatan penandaaras tetapi sekolah di Kuching ditutup seminggu kerana masalah jerebu. Oleh itu pelan alternatif melawat negari orang ialah menyewa kereta RM 100 sehari untuk berjalan sekitar Kuching, Sarawak. Sepatutnya plan asal ialah ke SMK Bako untuk melawat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah itu kerana Cikgu Rozinani merupakan bekas guru di sekolah itu pada tahun 2001 hingga 2003 di Sarawak.

Di Taman Negara Bako kami memilih pakej pemandu pelancong  RM 80 untuk 4 orang selama 3 jam.  Pendaftaran RM 10 seorang untuk ke Taman Negara, sewa bot pergi balik RM 30 seorang. Kami mengambil trail yg paling pendek dan selesa untuk meneroka Taman Negara Bako memandangkan kami membawa outfit yang tidak begitu sesuai untuk meneroka ke trail lasak. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan sama ada pengembaraan di waktu malam atau siang dan pelbagai jenis trail dari mudah ke mencabar hingga ke air terjun.

Taman Negara ini terkenal kerana ia merupakan Taman Negara tertua di Borneo dan terkecil. Terdapat haiwan dari spesis probiosis yang terkenal yang hanya terdapat di Sarawak ini.

Esoknya ke Jong's Crocodile Farm and Zoo di Jalan Samarahan Serian lebih kurang 45 minit memandu dari bandar Kuching iaitu jalan yang sama melalui UNIMAS.  Bayaran masuk ialah RM 22.00. Tempat memelihara buaya yg mana kami dapat melihat dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri buaya. Yang bestnya cara bagaimana buaya diberi makan oleh penjaga disini. Melihat buaya yang makan dengan lahap sekali dan melonjakkan badannya ke atas untuk mengambil.makanan mendapat sorakan penonton. Selain dari tempat utama memelihara pelbagai spesies buaya di tempat yg agak besar, tempat ini juga memelihara pelbagai jenis haiwan lain seperti ular, musang, pelbagai burung dan kolam ikan arapaima gigas.

Kemudian di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing di Dewan Bandaraya Kuching Utara di Samariang. Dengan tiket masuk hanya RM3 kerana membawa masuk telefon berkamera, kami dapat mengetahui sejarah bandaraya Kuching dan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan kucing. Setelah itu kami ke Waterfront Kuching untuk mencuci mata huhuhu shopping tikar Sarawak yang boleh dipos

Pada 24 Oktober kami menyambung menyewa kereta RM 100 untuk sebuah kereta Kenari untuk ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kai Gunung Santubong. Perjalanan kira-kira 45 minit dari Petanak, Kuching. Antara tarikan utama disini ialah senibina rumah masyarakat pelbagai budaya yang hidup di Sarawak ini. Antaranya Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Cina. Kami perlu membayar RM60 seorang tidak termasuk GST untuk memasuki kampung budaya ini. Setiap orang diberi sticker dan pasport untuk mengecop setiap tempat yang kami lawati.

Rumah pertama ialah rumah Bidayuh di mana terdapat dua jenis rumah iaitu yang pertama rumah yang didiami oleh pahlawan sahaja dan saiznya lebih kecil dari rumah Bidayuh yang asal yang menempatkan kaum keluarga. Struktur rumahnya yang tinggi kerana terletak di dalam hutan berhampiran gunung ganang.
Rumah Iban direka untuk berpindah radah mengusahakan tanaman dan tinggal di tepi sungai atau kemana sahaja tanaman mudah diusahakan. Rumah kaum Penan yang sangat ringkas binaannya kerana dibina untuk kegunaan beberapa minggu dan bulan kerana berpindah radah. Keistimewaan mereka dengan blowpipes kepakaran kemahiran diri mereka. Rumah Orang Ulu dibina dengan ketahanan kerana rumah panjang itu akan dikekalkan sepanjang hayat. Kepakaran mereka membuat senjata. Rumah orang Melanau terletak berhampiran sungai dan dibina dengan ketinggian yang sangat tinggi dengan 40 kaki dari tanah. Keistimewaan kaum ini ialah mereka sangat suka dengan sagu berbanding makan nasi. Rumah orang Melayu kaya dengan seni ukiran. Apa yang menarik pada setiap rumah ini ialah susunatur peralatan yang signifikan dengan budaya masyarakat masing-masing. Selain itu diadakan demo peralatan perhiasan pakaian dan aksesori kebudayaan masyarakat tersebut, makanan tradisional dan demo kepakaran kemahiran masing -masing.

Kemudian slot persembahan di teater di situ selama 45 minit dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai budaya masyarakat di Sarawak. Beberapa tarian kebudayaan dipersembahkan di antara persembahan tarian yang terkenal. Masyarakat Iban dengan ngajat lesong dan ngajat pahlawan. Ngajat lesong mengenai kekuatan pahlawan menngunakan gigi mengangkat barang berat manakala ngajat pahlawan tarian menyambut pahlawan yang baru pulang bertempur. Masyarakat Bidayuh dengan tarian rejang be'uh dikatkan dengan musim menuai.Tarian yang signifikan dengan pergerakan penari yang meniru pergerakan enggang dengan sayapnya. Masyarakat Bidayuh dengan tarian langgi julang dimana persembahan ritual tarian untuk memilih ketua yang baru yang ditarikan menggunakan julang. Persembahan Orang Ulu dengan tarian Datun Julud yang menyambut tetamu di rumah panjang. Traian Kanjet Ngeleput mengenai pergerakan memburu di hutan. Persembahan Melanau pula dengan tarian menyak bagaimana memproses sagu dijalankan. Tarian alu-alu oleh kaum Melanau sewaktu terdapatnya kematian sebagai menenangkan tetamu yang hadir menziarahi.
Tarian Masyarakat Melayu Sarawak dikenali sebagai Senandong Sarawak, tarian royong dan serampang baru
Kami keluar dari sini pada pukul 1.30 tengah hari untuk direct ke lapangan terbang Kuching menunggu flight ke Kuala Lumpur.