SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 2 June 2012

Tips Belajar Berkesan

Pernahkah anda menghadapi situasi begini, anda telah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, malangnya sewaktu di dalam dewan peperiksaan, soalan ujian itu seperti tidak terjawab kerana segala fakta yang dibaca hilang entah ke mana. Setiap mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.



1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan.
2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
4. Buat ulangkaji matapelajarn yang dipelajari dalam jangkamas 9 jam.
5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan baru lah mempunyai keupayaan.
7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.

Menggunakan otak orang lain.
Jangan salah tafsir maksud ayat di atas.Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

1. Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar.
2. Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
3. Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
4. Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri.
5. Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang
    lain untuk belajar.
6. Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
7. Guru merupakan buku rujukan terbaik.