SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 5 June 2012

Pengurusan Tekanan


Definisi dan pengenalpastian sebab-sebab tekanan jiwa  boleh dilakukan menerusi aspek-aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Kesan tekanan juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Biologi
Cara Mudah untuk mengenalpasti tekanan pada tubuh :
1. Kenal pasti kawasan tubuh yang mengalami ketegangan otot.
2. Suhu tangan lebih tinggi daripada suhu leher.
3. Berpeluh dengan perasaan gelisah.
4. Denyut nadi melebihi 80 denyutan seminit.
5. Bernafas dengan tercungap-cungap.


Teknik melonggarkan ketegangan dalam diri :
1. Teknik mengubah cara bernafas dengan menariknya sedalam mungkin.
2. Menghilangkan tegangan dengan teknik tekan-tekan bertahap-tahap.
3. Latihan melonggar ketegangan dengan menggunakan pita.

Penawar untuk ketegangan tubuh :
1. Bernafas secara perlahan dan dalam dari kawasan perut.
2. Longgarkan otot dengan kitaran tekan dan lepas.
3. Bayangkan bahawa anda adalah anak patung kain yang buruk, lembik dan kendur.
4. Bertenang selama 6 saat sebelum menjawab telefon dan sementara anda menunggu dalam kesesakan jalan raya dan sebagainya.
5. Belajar cara biofeedback jika ada kemudahan.
6. Elakkan makanan dan perencah yang boleh menyebabkan tekanan tubuh.
7. Jangan merokok atau mengunyah tembakau
8. Kawal berat badan.

Psikologi
Cara mudah untuk mengenalpasti tekanan pada jiwa :
1. Kenal pasti jenis perasaan yang datang berulang-ulang.
2. Rasa tegang dalam diri lebih kerap daripada rasa tenang.
3. Perasaan gelisah muncul secara spontan tanpa sebab yang jelas.
4. Banyak hal yang tertunggak.
5. Mudah bertengkar apabila berbincang.

Sikap untuk menghilangkan tekanan fikiran :
1. Hapuskan perasaan mudah untuk membuat rumusan tanpa berfikir panjang, cepat sensitif dan suka membesar-besarkan perkara kecil.
2. Tanyakan pada diri, " Adakah ia bermakna untuk 5 tahun akan datang?"
3. Cabar perasaan buruk sangka yang tidak masuk akal.
4. Elakkan gelaran-gelaran yang dibesar-besarkan seperti bodoh, malas, gila dan hodoh.
5. Gunakan sikap menghentikan fikiran dengan berkata dalam hati, "Berhentilah", menggunakan mata batin dan melihat lampu merah, atau menggunakan pendengaran batin dan mendengar tiupan wisel.
6. Diri menghayati objektif agar minda (pemikiran) dapat mengawal mood (perasaan)

Sikap unutk menenangkan fikiran ke arah kejayaan :
1. Gunakan imej-imej ingatan yang anda sukai serta saat-saat yang membanggakan ke arah mengatasi emosi-emosi yang boleh menghina diri sendiri.
2. Membina ketahanan diri menerusi iltizam, kawalan dan cabaran.
3. Gunakan frasa-frasa yang menjana kesihatan dan pemikiran positif dan mengulanginya berkali-kali.
4. Ketawakan diri anda serta suasana yang melucukan jika keadaan mengizinkan.
5. Pada skrin mental anda putarkan balik pita ingatan yang mengandungi tugas-tugas harian dengan tujuan untuk memperbaiki prestasi diri.

Sosial
Cara mudah untuk mengenalpasti hubungan kekeluargaan yang negatif :
1. Kenalpasti jenis perasaan yang datang apabila mengingat nama dan bertemu dengan ahli-ahli keluarga asas ataupun luas.
2. Rasa tenang dalam diri lebih kerap dirasai daripada rasa tenang apabila nama ahli keluarga disebut.
3. Perasaan gelisah mula muncul apabila hari pertemuan keluarga mula hampir.
4. Mudah bertengkar apabila bertemu dengan ahli-ahli keluarga.

Sikap untuk menggalakkan pergaulan kekeluargaan yang lebih positif :
1. Sikap saling memaafkan dijadikan ciri utama pergaulan dalam keluarga.
2. Elakkan situasi yang boleh mencetuskan perbalahan dalam keluarga.
3. Kenalpasti ahli-ahli keluarga yang matang untuk dijadikan teman yang dipercayai.
4. Elakkan penglibatan yang keterlaluan dengan ahli keluarga yang tidak matang dan yang mempunyai emosi yang cepat meledak.
5. Bezakan antara tugas membina keluarga asas yang lebih utama dengan tugas untuk memakmurkan keluarga luas.

Spiritual
Cara mudah untuk mengenalpasti ketidakharmonian spiritual :
1. Pencarian spiritual tidak menemui penghujung jalan dalam bentuk jawapan-jawapan penting kepada soalan-soalan kerohanian yang besar.
2. Rasa tegang dalam diri apabila memikirkan soalan-soalan spiritual lebih kerap daripada rasa tegang.
3. Tidak dapat mencari atau bertemu dengan orang yang lebih berilmu dan beramal dalam bidang-bidang kerohanian.
4. Tidak jelas akan ciri-ciri akhlak mulia yang telah diterima oleh insan sejagat.
5. Mudah bertengkar apabila berbincang tentang isu-isu keagamaan dan kerohanian.

Sikap untuk mencapai kecemerlangan kerohanian :
1. Percaya akan keagungan Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Esa.
2. Pembacaan dan perbincangan keagamaan perlu dilakukan khususnya dengan mereka yang berilmu tentang isu yang berkenaan.
3. Jangan mengharapkan jawapan kepada semua soalan yang terfikir di dalam minda.
4. Mengingatkan diri bahawa kesejahteraan jiwa tidak boleh dikecapi menerusi perbincangan dan riadah fikiran sahaja.
5. Mempercayai bahawa kedamaian kalbu dapat dicapai menerusi mengingati Tuhan dan patuh kepada perintah-Nya.
6. Amalan spiritual mestilah tidak melewati batas-batas hukum keagamaan.

Sumber : Buku "PSIKIATRI" Perubatan, Undang-undang dan Masyarakat
Penulis  : Mohamed Hatta Shaharom