SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 28 April 2012

PRAKATA

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lepas. Kepentingan dan keperluan perkhidmatan ini sangatlah penting. Kehidupan setiap manusia di dunia ini dipenuhi dengan siri situasi yang tidak berkesudahan di mana pemilihan dan penyesuaian perlu dilakukan. Perkhidmatan bimbingan pada semua peringkat pendidikan sama ada sekolah rendah, sekolah menengah atau institusi pendidikan tinggi merupakan satu bentuk perkhidmatan peribadi. Antara sebab kenapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan dan diperkukuhkan di sekolah-sekolah ialah :




a) Membantu pelajar berkembang dalam pelbagai bidang.
b) Membolehkan pelajar membuat pilihan yang sesuai pada semua peringkat persekolahan mereka.
c) Menolong pelajar membuat pilihan kerjaya.
d) Menolong pelajar dalam perkembangan kerjayanya.
e) Menolong pelajar membuat penyesuaian yang paling baik di sekolah dan juga di luar sekolah.
f) Menambah usaha yang dilakukan oleh ibu bapa.
g) Meminimumkan salah penerapan antara pendidikan dan penggunaan tenaga manusia.
h) Mengenalpasti dan memotivasikan pelajar daripada lapisan masyarakat yang kurang bernasib baik.
i) Menolong mengurangkan atau mengawal pembaziran dan kelembapan dalam sistem pendidikan.
j) Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan khas.
k) Memastikan bahawa masa di luar bilik darjah digunakan dengan berfaedah.
l) Menambah daya tarikan sekolah.
m) Menjadikan pendidikan menengah rendah dan menengah atas lebih berjaya.
n) Mengatasi masalah kemerosotan disiplin.