SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 30 May 2012

Jadilah orang yang disenangi!

Sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan!

    1. Buangkan ego diri yang menjadi pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri kita dengan orang lain adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi dengan baik.
    2. Usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting. Keinginan menjadi orang yang penting meruapakan sifat semulajadi manusia dan rangsangan yang paling berkesan pada sifat manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya kata-katanya dipertimbangkan dan dihargai; setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam sesuatu lingkungan, walaupun kecil dan setiap orang ingin mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.
    3. Jika berbuat kesalahan dengan orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai amaalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri; “Maaf, ibu terpijak kaki Along” atau sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan mengucap “maaf’, “tolong”, “terima kasih” dan sebagainya.
    4. Anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki suatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin  hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoan akan dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun di khalayak ramai.
    5. Jadilah seorang pendengar yang baik. Untuk memahami seseorang, kita perlu mendengar perbicaraan mereka. Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi, mendengar sudah cukup untuk mengurangkan tekanan mereka.
      jika dalam percakapan atau tindakan seseorang itu terdapat sesuatu yang tidak kena, elakkan mengkritik ketika itu juga. Lihat pula suasana dan moodnya. Kadang kala persahabatan yang ingin terus dikekalkan memerlukan kesabaran kita. Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun pandangan kita adalah benar. Memberi kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan yang ketara terhadap seseorang yang mudah tersinggung.