SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 23 May 2012

Belajar Teknik Belajar (Di Sekolah dan Universiti)

:: Belajar Secara Berguru ::

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yan dapat janganlah dilupa.



Sebaik-baik cara belajar ialah dengan berguru. Belajar secara berguru bermakna seorang itu diajar oleh guru ataupun pensyarah ataupun pengajar lain. Pada amnya, belajar di bawah pengajaran dan pengawasan seseorang itu terbahagi kepada :

a. Kelas atau kuliah
b. Bimbingan yang juga dikenali sebagai tuisyen atau tutorial
c. Makmal atau amali


Setiap jenis pengajaran mempunyai pendekatan pembelajaran yang berbeza walaupun terdapat kesamaan dari beberapa segi.

Catatan dan Nota

Tujuan catatan atau nota ialah supaya ia digunakan untuk mengingati bahan yang diberikan dalam kelas atau kuliah. Catatan nota kuliah mestilah dibuat dengan baik dan terang supaya dapat dibaca dan difahami kelak.

Mengambil Nota semasa Mendengar

Pelajar perlu mengambil tahu skop serta silibus kursus dan juga memelihara hubungan yang baik, kerap dan diplomasi dengan guru atau pensyarah. Pelajar perlu sedar yang syarahan atau kuliah mengandungi fikiran utama, bahan bantuan dan bahan simpangan.

Fikiran utama adalah titik penting yang hendak disampaikan.
Bahan bantuan digunakan sebagai contoh yang menerangkan titik tersebut.
Bahan dan butir yang tidak ada sangkutan dengan bahan utama sebenarnya adalah bahan yang terpesong, diberi oleh pensyarah kerana boleh jadi ia terlajak keluar ataupun bahan-bahan lucu untuk menenangkan dan menyegarkan suasana.

Persimpangan Perhatian

Kuliah juga mengajar bahan yang sukar difahami dari buku. Oleh itu pelajar haruslah menumpukan perhatian semasa kuliah. Cara yang paling baik ialah dengan mengelakkan diri dari daya pelalaian.

Pelalaian datang daripada pelbagai sebab seperti :
a) kurang minat
b) tidak dapat mengikuti apa yang dibicarakan oleh pensyarah
c) mengantuk kerana kurang tidur

Nama Buku    : Belajar Teknik Belajar ( Di sekolah dan universiti )
Nama Penulis : Prof. Khalid Mohamad Nor