SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 31 May 2012

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
    - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
      manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu
      tidak tenang.



2. Pendendam
    - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
       seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
       hatta secara yang kecil-kecilan sekalipun seperti sakitkan hati atau
       tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad Dengki
    - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana memiliki sifat
      Ketuhanan.

4. Bakhil
    - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
       pangkat dan lain-lain. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
       tiada duit.

5. Tamak
    - Orang yang tidak puas dengan sedikit nescaya tidak akan puas dengan
       yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa
       banyak yang diminum tetap tidak akan habis.

6. Tidak Sabar
    - Andainya perkara kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal
      yang lebih besar.

7. Ego
    - Ibu segala mazmummah. Jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
      tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar daripada sudut
      zahir mahupun batin.

8. Riak
    - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
       Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika ia dipuji, ia akan
       menambahkan amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia
    - Tidak dapat menderita. Cinta dunia merupakan "neraka dunia"
       kerana dunia itu "panas". Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
      dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
      akhirat di bawa mati.