SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 22 May 2012

Minda Kreatif dan Inovatif

Universiti adalah tempat yang paling sesuai untuk "menjana minda kreatif dan inovatif". Tagline ini dirangka untuk menggalakkan aktiviti keilmuan berasaskan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang, tidak terhad kepada sains dan teknologi.


Kreativiti melibatkan pembenihan idea baru termasuklah kaedah baru dalam bentuk konsep, pendekatan, ciri, peralatan, sistem, teknologi, dasar dan sebagainya. Kreativiti berkait rapat dengan penciptaan atau proses penciptaan.Manakala inovasi pula melibatkan pemurnian, penaiktarafan atau penambahbaikan kepada sesuatu sistem, peralatan, teknologi, dasar atau pendekatan sedia ada.

Minda kreatif dan inovatif bermakna pemikiran, daya fikir, imaginasi dan kemampuan mental untuk menghasil dan membangunkan sesuatu sistem, dasar, pendekatan, kaedah, teknologi atau idea yang baru sama ada menerusi penemuan anjakan paradigma atau pengubahsuaian untuk lebih efisien, efektif dan produktif.

Dalam konteks pelajar, minda kreatif dan inovatif tidak hanya berlegar di sekitar kegiatan akademik, menerusi aktiviti pembelajaran, penyediaan tesis atau projek akademik. Dalam konteks lebih luas, minda kreatif dan inovatif boleh dijana menerusi kegiatan kokurikulum atau kehidupan seharian di kampus. Ini selaras dengan inisiatif mewujudkan model ekonomi baru berasaskan kemahiran tinggi sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri ke-5, Dato' Sri Mohd Najib.



Sumber : Buku Menghayati Budaya Ilmu  ( Faham Ilmu, Amalan dan Panduan Edisi Ke-2)
Penulis  : Zaini Ujang UTM Skudai