SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday, 3 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL : PENYAKIT DENGGI MEMBUNUH MUHAMMAD ALIFF BIN ABU BAKAR; MUHAMMAD IZRIN RAZIQ BIN RIZDUAN; MUHAMMAD AIMAN ALIF BIN AZMI ; MUHAMMAD ZUL HANAFI BIN ROHANI



PENYAKIT DENGGI MEMBUNUH

MUHAMMAD ALIFF BIN ABU BAKAR
MUHAMMAD IZRIN RAZIQ BIN RIZDUAN  
MUHAMMAD AIMAN ALIF BIN AZMI  
MUHAMMAD ZUL HANAFI BIN ROHANI

Pada masa kini,penyakit denggi semakin lazim didengari dan dilihat di dada dada akhbar.Penyakit denggi antara 10 penyakit yang membawa banyak kematian di Malaysia.

APA ITU DENGGI??????


Definisi denggi
1.             Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
2.            Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).   
    
APAKAH TANDA TANDA DIJANGKITI????
 Tanda tanda anda dijangkiti ialah demam kuat yang mengejut dan berterusan,bintik merah pada kulit,sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala,hilang selera makan,muntah-muntah,sakit perut,rasa pahit pada lidah,lemah dan tidak bermaya.

          



               RAWATAN

Di Malaysia,doktor-doktor atau pihak kerajaan mencari dan mengkaji vaksin.Namun begitu,terdapat rawatan yang boleh mengubati penyakit ini walaupun agak lambat.Antaranya,
 Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu atau tidak mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.   


              CARA CARA MEREBAK
1.Nyamuk aedes membawa kuman demam denggi.
2.Seorang yang sihat digigit oleh Nyamuk aedes.
3.Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
       4.Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi.                        

PROJEK DENGUE PATROL : AISYAH BT ZUKRI & DIYANAH QISTINA AMIRAH BT MOHD SIDI TING. 3 CERIA, SMK CHERAS, KUALA LUMPUR



WABAK DENGGI Malaysia
AISYAH BT ZUKRI & DIYANAH QISTINA AMIRAH BT MOHD SIDI
TING. 3 CERIA, SMK CHERAS, KUALA LUMPUR

Pada tahun 2013, sebanyak 29,754 kes demam denggi dicatatkan dari bulan Januari hingga 2 November. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jumlah kes demam denggi pada tahun 2013 menunjukkan peningkatan kira-kira 10,000 berbanding kes pada tahun 2012 yang mencatat jumlah sebanyak 18,268.


Selangor mencatat jumlah kes denggi paling tinggi antara seluruh negeri dalam Malaysia iaitu kira-kira 15,000 kes dilaporkan. Perubahan iklim di negara merupakan antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi.



Pada tahun 2015 pula, statistik denggi dari 4 hingga 10 Oktober menunjukkan, sejumlah 2,242 kes dilaporkan, meningkat 164 kes (7.9%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,078 kes. Terdapat sepuluh negeri menunjukkan peningkatanberbanding minggu sebelumnya.





         NEGERI                    KES                   PERATUS


SELANGOR
54
5.9%
NEGERI SEMBILAN
29
111.5%
MELAKA
24
68.6%
PAHANG
23
46.0%
SARAWAK
20
26.9%
PERAK
16
11.4%
WP KL & PUTRAJAYA
11
5.9%
SABAH
8
14.5%
PERLIS
23
300%
TERENGGANU
3
10.0%



Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 10 Oktober tahun 2015, adalah 94,064 kes, berbanding 78,756 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 19.4% (15,308 kes).



Bagi tempoh yang sama terdapat lapan kematian dilaporkan,iaitu masing-masing 2 kematian di Pahang dan Selangor manakala masing-masing satu kematian dilaporkan di Kedah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah. Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga kini adalah sebanyak 261 kematian, berbanding 149 kematian bagi tenpoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 112 kematian (75.1%).



Untuk membendung peningkatan kes Denggi ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar pihak masyarakat meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran rumah masing-masing. Ini kerana sikap segelintir individu yang masih mengabaikan aspek kebersihan tempat tinggal menjadi antara punca berlakunya peningkatan kes Denggi pada masa ini.

Monday, 2 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL: APA ITU DEMAM DENGGI? Nur Carmila Zullaikha bt Zulfikri.



APA ITU DEMAM DENGGI?
Nur Carmila Zullaikha bt Zulfikri.
3 Ceria
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras,Kuala Lumpur

Demam denggi merupakan salah satu musuh utama negara yang telah membunuh ramai manusia di negara Malaysia. Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian penduduk di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Antara punca-punca demam denggi merebak ialah persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut telah kering.Selain itu, kawasan yang ditakungi air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Di samping itu, beberapa langkah-langkah pencegahan wabak denggi boleh kita amalkan setiap hari. Masyarakat perlu meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk membersih di kawasan pembiakan denggi. Antaranya ialah membuang bekas makanan polisterin dalam tong sampah yang tertutup. Hal ini kerana polisterin dapat menakung air yang kotor dan ini menyebabkan nyamuk aedes membiak di kawasan tersebut.Selain itu,pastikan bekas simpanan air dicuci setiap minggu dan diletakkan  ubat jentik-jentik.