SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday, 19 November 2016

Trip Ke Bukit Nanas

Pada 17 Nov saya bawa student ke Taman Eko Bukit Nenas yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Masuk secara percuma dan tarikan terbaru di tempat ini ialah jambatan gantung dari pokok ke pokok. Apabila murid -murid mengajak aktiviti outdoor dengan kos yang minimum maka saya berfikir ke mana tempat yang sesuai, dan apabila ada permintaan ke Bukit Nenas apalagi saya set date kerana ia percuma dan murid hanya membayar duit bas.  Makanan dibawa sendiri dari rumah untuk aktiviti ala ala pot luck macam picnic di kawasan perhutanan.

Bas bertolak pada pukul 8.15 pagi dari sekolah dan tiba pukul 9.00 pagi di kawasan ini. Kami masuk melalui pintu masuk di parking Menara Kuala Lumpur dan berjalan ke dalam hutan melalui denai yang disediakan. Pada mulanya saya ingin mengambil kemudahan renger tetapi memandangkan date November full dengan aktiviti rombongan maka kami free and easy jelah dalam tu. Saya bertindak macam renger hutan terang itu ini hihihi tak susahpun sebab ada keterangan di board board dalam hutan tu. Tetapi jika ada renger hutan lagi best boleh terangkan sesuatu yang tiada keterangan dalam board.

Sesuatu yang menyeronokkan di pagi hari merasa bauan dari hutan dan alam yang masih sihat..berjalan kaki melalui kehijauan dengan pace kami sendiri perlahan lahan tiada apa nak dikejarkan pun. Mempelajari nama pelbagai jenis pokok pokok di sini. Kami ke Pusat Informasi Taman Eko Bukit Nanas dan bertuah kerana dilayan oleh ranger hutan di situ. Dia memberikan peluang kepada kami menonton video mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem perhutanan yang terdapat di sini. Kami dapat melihat pameran dan info mengenai pokok pokok dan nama -nama pelik yang menarik untuk info.

Akhirnya sebelum keluar dari kawasan hutan ini, kami menaiki jambatan gantung yang agak gayat bagi murid yang tidak biasa menaikinya. Melihat panorama hutan dari aras atas yang menakjubkan mata memandang jika anda memang peminat kehijauan alam sekitar.

Orait sementara tempat ini boleh diakses secara percuma dan banyak aktiviti boleh dijalankan, marilah mempromosikan tempat menarik ini. Jika anda melalui pintu masuk dari arah Menara KL, bolehla berjalan -jalan ke mini zoo dan rumah terbalik

Saturday, 12 November 2016

Anugerah HEM: Ikon Inovasi Dan Pengurusan HEM Cemerlang

Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum 2016 dijalankan hari ini dengan perasmi Pn Sharifah Fatihah selaku KPP Unit HEM JPWPKL .
Alhamdulillah dan terima kasih kerana anugerah dan penghargaan hari ini iaitu
Unit Kaunseling terpilih Unit Pengurusan HEM Cemerlang
Anugerah Khas Inovasi Dan Pengurusan HEM
Anugerah Kelab Terbaik

Ucapan dari pengetua dan ucapan perasmi yg gembira dgn jemputan pihak sekolah krn dapat bertemu kami yg telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan yg membanggakan WPKL dan sekolah. Sewaktu penghargaan diterima, sempat lagi Ketua Penolong Pengarah tersenyum dan berkata kepada saya 'saya selalu baca blog kamu' :)
Terima kasih KPP.

Kejayaan demi kejayaan dan penghargaan demi penghargaan menggerakkan kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran hari ini sebaik sahaja tamat Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum kepada semua warga SMK Cheras.

Saturday, 29 October 2016

Selamat Hari Jadi Warga Cherasian

Selamat Hari Jadi kepada warga Cherasian yang menyambut kelahiran pada bulan September dan Oktober. Bagi murid ting 5 saya terus mengadakan sambutan hari jadi dan pemberian kek hari jadi untuk November dan Disember. Begitu juga dgn murid ting 3 yg mana kehadiran semakin merosot, maka kami mengadakan sambutan hari jadi in advance untuk murid bulan kelahiran November dan Disember.

Macam macam stail penyerahan kek sama ada di tapak perhimpunan, di dewan, dalam kelas.bahkan di hadapan koperasi sendiri.

Bagi guru guru pula, PRS membantu mengedarkan hadiah tajaan pengetua dan kek tajaan koperasi.

Semoga dengan cara ini, ia membantu dalam meningkatkan indeks persepsi guru penyayang sekolah melalui budaya kasih sayang dan penghargaan kpd murid dan guru sewaktu hari jadi mereka. Dan yg lebih penting, menghargai hari penting seseorang menjadi budaya bagi warga Cherasian.