SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 23 February 2017

Penjenamaan UBK Abad Ke 21

Terima kasih kepada YDP PIBG iaitu En Romzee yg sudi hadir untuk pelancaran program penjenamaan UBK. Sebagai penaja utama yg memberikan dana kepada UBK untuk menaiktaraf bilik UBK dgn internet yg laju dan sebuah komputer.
Terima kasih  Insp Kassidy selaku Pegawai Perhubungan Polis untuk sekolah dan barisan pentadbir terutama pengetua yg merasmikan program ini dan  PK HEM Pn Chong Moi Lian yg memberikan sokongan yg baik kepada pasukan kaunselor sekolah.

Penjenamaan unit kaunseling dengan perkhidmatan kaunseling abad ke 21 merupakan signifikan untuk UBK SMK Cheras yg merupakan sekolah tunggal di Malaysia yg mempunyai sistem pengurusan dan perkhidmatan menggunakan sistem. Dari sistem dashboard kaunselor sekolah untuk memudahkan kaunselor akses dan key in data . hinggalah ke
Tarikan terbaru di Bilik @ubkcherasian

'One Stop Centre Transit e-Klien' - yang menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling abad ke-21 secara atas talian.

Murid boleh menjalankan penerokaan kendiri secara self service melalui sistem e-klien.  Selain itu murid juga boleh menetapkan tarikh temujanji dan berkongsi dengan kaunselor pilihan mereka secara atas talian.

Terdapat 4 buah komputer yang mempuyai talian internet secara percuma. Murid juga boleh menggunakan Sistem e-Klien di rumah dengan menggunakan telefon pintar  atau apa-apa jua peranti internet. 

Jom layari SISTEM e-KLIEN: eklien.blogspot.com