SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Friday 24 February 2017

Jom Ke Sekolah

Sekolah kami hanya dapat membuat pelancaran Jom Ke Sekolah dgn tema Zoom In Peningkatan Kehadiran Murid Ke Sekolah pada Isnin lepas memandangkan Pegawai Perhubungan Polis menunaikan umrah dan berkesempatan untuk hadir ke sekolah pada 20 feb 2016

untuk melihat formula peningkatan kehadiran murid ke sekolah anjuran UBK dgn program Zoom In ini bermula tahun 2015 yg mewakili WPKL untuk Amalan Terbaik Kaunseling dan menerima pengiktirafan top 5 di peringkat kebangsaan. Setiap tahun ada aktiviti yg ditambahbaik untuk memastikan kehadiran murid sekurang kurangnya di bulan pengajaran dan pembelajaran hadir ke sekolah dgn purata 90 ke atas. Oleh itu tahun ini kami memperkenalkan konsep kategori untuk kelas mencapai KPI 87% , 90% dan 95%
dengan ganjaran berbeza mengikut kelas. Dan anugerah sehingga akhir tahun dinilaikan.

Terima kasih Insp Kassidy selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yg merasmikan program ini dan terima kasih kepada Ain selaku ketua pengawas yg dapat menjalankan tugasan dengan lancar.

Program dijalankan sepenuhnya dengan bantuan ahli PRS. Semoga dapat meningkatkan sahsiah dan disiplin murid di sekolah.