SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 9 January 2016

Program Sarana: Bantuan kewangan murid yatim

Takziah pihak sekolah ucapkan kepada murid sekolah kami iaitu Nasrul Hadi dari kelas 4 Ibnu Sina yang telah kematian bapanya. Sumbangan dikutip oleh pihak sekolah dari tabung PIBG, sumbangan ikhlas murid sekolah dan para guru. Sumbangan diserahkan oleh puan pengetua kepada ibu Nasrul Hadi yang hadir ke sekolah pada 8 Januari lepas untuk menerima wang sumbangan tersebut. Semoga murid ini bermotivasi untuk meneruskan kehidupannya. Semoga ibunya kuat menghadapi dugaan