SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 25 January 2016

Hari Penetapan Target PT3

Jumaat lepas merupakan hari penetapan matlamat untuk murid PT3. Kami mengedarkan borang penetapan matlamat dengan TOV mereka di ting 2, ETR yg mereka target untuk PT3 bagi peperiksaan pusat dengan sasaran gred mereka sendiri. Bagi pentaksiran sekolah pula, mempunyai band untuk mereka target dgn skor 1 hingga 6. Mereka perlu membuat penetapan sasaran dengan bimbingan guru. Borang penetapan sasaran dikutip kembali dan dikumpulkan mengikut kelas untuk disimpan hingga ke Hari Terbuka sekolah di mana ibu bapa akan menandatangani borang tersebut.  Akhir sekali ikrar oleh murid diketuai oleh pelajar cemerlang ting 2 tahun 2015. Semoga anda semua berjaya menjadi insan yg cemerlang akademik dan sahsiah!
IKRAR PENETAPAN TARGET PT3 TAHUN 2016
Bahawasanya saya ………………………………………………………………………………………………………………
dari tingkatan …………………. berjanji untuk mengulangkaji pelajaran dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Saya juga berjanji untuk memastikan saya berjaya dengan cemerlang serta memperoleh keputusan peperiksaan dalam PT3 tahun 2016 seperti target saya