SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday, 9 January 2016

Program Sarana: Bantuan kewangan murid yatim

Takziah pihak sekolah ucapkan kepada murid sekolah kami iaitu Nasrul Hadi dari kelas 4 Ibnu Sina yang telah kematian bapanya. Sumbangan dikutip oleh pihak sekolah dari tabung PIBG, sumbangan ikhlas murid sekolah dan para guru. Sumbangan diserahkan oleh puan pengetua kepada ibu Nasrul Hadi yang hadir ke sekolah pada 8 Januari lepas untuk menerima wang sumbangan tersebut. Semoga murid ini bermotivasi untuk meneruskan kehidupannya. Semoga ibunya kuat menghadapi dugaan

Minggu Orientasi SMK Cheras 2016

Minggu Orientasi dijalankan kepada murid tingkatan satu dari masa pertama hingga ketiga sahaja setiap hari dari Isnin hingga Rabu. Antara aturcara minggu orientasi di sekolah ialah :

Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh Puan Sapura Amat (PK HEM)
Taklimat pengurusan Kokurikulum oleh Puan Maznah Musa (PK Koko)
Taklimat pengurusan oleh PK Petang (En Raheman)
Taklimat Disiplin pelajar lelaki dan perempuan oleh guru disiplin
Taklimat Biasiswa dan Kebajikan
Taklimat Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Taklimat Koperasi Sekolah
Taklimat PBS
Taklimat Pusat Sumber Sekolah
Latihan nyanyian lagu sekolah

Majlis Perpisahan PK HEM

PK HEM  Puan Sapura Bt Amat merupakan boss  yang memang terkenal dengan suara lantangnya. Hubungan PK HEM dan guru kaunseling di mana mana sekolah sepatutnya seperti isi dan kuku. Begitulah hubungan profesionalisme itu berjalan di sekolah ini antara PK HEM dan guru kaunseling yang menyebabkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan jika boss anda sendiri yang menyokong anda dan memberikan peluang untuk anda meneroka idea anda sendiri, menjalankan try and error aktiviti yang inovasi dan amalan terbaik yang akan dijalankan. Dengan sokongan dari boss anda sendiri maka anda lebih berani untuk meneroka lebih jauh idea dan berfikiran luar kotak.
Semoga lebih cemerlang di tempat baru Puan Sapura