SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday, 26 January 2015

Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Hari ni semua pengerusi bagi persatuan, kelab, permainan dan badan.beruniform menyertai bengkel pengurusan kokurikulum yg dijalankan oleh UBK. Program bermula pada pukul 12.00 tengah hari di dewan. Sesi ucapan aluan oleh Puan Maznah Musa selaku PK Kokurikulum. Ice breaking dan aktiviti pengurusan kokurikulum oleh En Che Mohamad Padali. Selepas rehat bengkel menyediakan kertas kerja dijalankan agar pengerusi mengetahui cara membuat kertas kerja. Sesi pembentangan dijalankan di akhir program.

Sunday, 25 January 2015

Sistem e-intervensi UBK SMK Cheras



                                                             


Hari ini saya nak mempromosikan inovasi baru perkhidmatan UBK SMK Cheras iaitu online intervensi dan online temujanji kaunseling khusus untuk warga SMK Cheras sahaja. Sistem online yang dibangunkan oleh Cikgu Padali untuk memudahkan murid menjawab inventori dan memudahkan guru kaunseling juga membuat analisa sebelum perjumpaan sesi kaunseling diatur. Melalui blog ubksmkcheraskl.blogspot.com  ada button sebelah kanan untuk diklik. Melalui inovasi ini, murid boleh membuat temujanji melalui online sahaja dan klik pada button guru kaunseling mana yang ingin mereka jumpa untuk berbincang masalah. Manakala e-intervensi ada 6 intervensi yang boleh digunakan iaitu Senarai Semak Kendiri, IMK, Pra Post Kembali Ke Sekolah, Pra Post Jati Diri, Minda Sihat dan Inventori Personaliti  sahaja yang  boleh online. Melalui intervensi ini, murid boleh melakukannya di rumah sahaja dan berbincang dengan guru kaunseling hasil intervensi tersebut. Oleh kerana ini merupakan satu inovasi baru, maka saya hanya dapat mengetahui keberkesanan dan kelemahan sistem ini mungkin di akhir tahun. Oleh itu, saya mengalu-alukan warga SMK Cheras dan exstudent untuk melayari blog UBK SMK Cheras dan mencuba intervensi tersebut. Jika berminat untuk mengetahui keputusan hasil dari intervensi tersebut, bolehla whatsapp cikgu-cikgu kaunseling ye atau walk in ke bilik kaunseling :)

Saturday, 24 January 2015

Bengkel Pengawas

Hari ni UBK menganjurkan bengkel pengawas kepada semua pengawas sekolah. Bermula dengan ucapan aluan dari PK HEM iaitu Pn Sapura dan taklimat disiplin dari Cikgu Mohd Noor diikuti dengan ketrampilan pengawas oleh Cikgu Khairul Akhmar.

Slot Cikgu Padali mengenai bidang tugas pengawas dan simulasi perhimpunan. Selepas rehat, aktiviti ceramah spontan diadakan di dewan dikendalikan oleh Cikgu Nurhaiza. Sebelum bersurai, pengawas dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang tugas mereka.