SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday, 12 February 2017

Sambutan Hari Jadi Bulan Januari

Berdasarkan kertas kerja yg telah disiapkan pada Disember 2016
/kertas-kerja-program-meraikan-hari-jadi
untuk program Sambutan Hari Jadi murid SMK Cheras sebagai salah satu aktiviti prgram Guru Penyayang yg mendapat sambutan yg baik dalam kalangan murid dan guru apabila dimulakan pada tahun lepas lagi.

Program ini dijalankan pada hari Rabu semalam 8 Februari 2017 serentak dgn program RIMUP Tahun Baru Cina. Oleh itu nampak tak huhu majority guru berbaju merah.

Selaku setiausaha program Guru Penyayang, saya juga selaku penyelaras aktiviti sambutan hari jadi murid dan alang alang buat untuk murid, saya usahakan untuk tajaan kpd guru guru sekali. Semua dipermudahkan apabila puan pengetua bersetuju dengan idea saya. Malah pengetua sendiri ingin menaja hadiah hari jadi untuk guru guru selain dari pemberian cupcake. Saya lebih suka memberikan cup cake krn setiap murid akan menerima bonding dgn guru mereka krn diserahkan sendiri di tangan murid. Jika murid tidak hadir, cup cake akan disimpan dalam peti ais selama 5 hari sahaja untuk dituntut oleh murid yg tidak hadir kepada guru kaunseling.

Tahun ni kami meraikan hari jadi dengan format yg baru iaitu guru kelas dan mentor kelas perlu berada di tapak perhimpunan dan menyerahkan cup cake kepada murid dalam barisan kelas tersebut yg menyambut hari jadi pada bulan Januari dgn diiringi lagu hari jadi. PRS sudah menunggu dgn bakul yg diisi cup cake untuk melancarkan pengagihan cupcake kepada murid.  Oleh sebab itu juga saya tidak sempat mengambil gambar untuk 60 murid penerima cupcake secara serentak..maka gambar gambar yg ada ihsan dari guru guru yg sempat mengambil gambar. Jika tahun lepas, setiap murid akan dipanggil namanya untuk menerima cup cake di atas pentas dan disampaikan oleh guru guru terpilih. Ada kelemahan untuk aktiviti ini tahun lepas apabila murid yg introvert malu untuk naik ke pentas dan menerima cupcake hari jadi..mereka claim cup cake selepas program. Masa yang diambil untuk pengagihan cup cake juga akan mengambil masa. Murid juga menerima cup cake dari guru yg mungkin tidak mengajar mereka pun.

Dengan format baru, guru kelas dan mentor akan menyerahkan sendiri cup cake tersebut dan hanya guru kelas dan mentor yg mengenali jika ada murid yg tersenarai dalam barisan kelas tersebut hadir atau tidak hadir. Dengan ini bonding lagi rapat antara murid dan guru tersebut. Terima kasih kpd koperasi sekolah yg sudi menaja cup cake untuk setiap murid.

Kemudian cup cake seterusnya diagihkan kepada guru yg menyambut hari jadi bulan Januari iaitu
En Mohd Noor
Pn Normilah
Pn Norlaili
Ustazah Tengku Laila
Cik Aida Azlina
Cik Hufaidah
Pn Ang
Pn Haslina Rahim
Pn Zuhaida
Pn Athirah

Tidak lupa kami juga memberikan hadiah hari jadi kepada staf sekolah dgn disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dgn cupcake tajaan koperasi dan hadiah iringan ditaja oleh pengetua sekolah.

Thursday, 26 January 2017

e-psikometrik tingkatan 1

UBK meningkatkan kadar penggunaan VLE Frog sekolah melalui akses murid untuk intervensi psikometrik inventori minat kerjaya dan inventori personaliti tingkatan 1 secara dalam sistem komputer.Bermula 23 Jan hingga 25 Jan semua murid ting 1 menggunakan e psikometrik untuk mengenalpasti minat kerjaya mereka melalui penggunaan Inventori Minat Kerjaya dan mengenalpasti personaliti mereka melalui Inventori Personaliti.  Menggunakan email rasmi yes maka semua murid ting 1 dikehendaki membuka email yes masing masing untuk mengetahui skor mereka.  Hasil skor ini akan dibincangkan untuk memberikan bimbingan kpd murid. Melalui akses kepada email yes dan intervensi yg boleh diakses melalui blog atau VLE Frog, maka UBK mengharapkan agar dapat membantu pihak sekolah menaikkan rating VLE Frog. Boleh download pada entri saya sblm ini mengenai intervensi menggunakan intentori ini yg mempunyai alihbahasa dalam Bahasa Cina juga. Melalui penggunaan email result akan kekal untuk info murid tanpa alasan hilanglah result dan perlu dirujuk lagi untuk track skor murid.

Friday, 20 January 2017

Bengkel Pengurusan Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan

Bengkel kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan diadakan pada hari aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru kaunseling selaku penyelaras iaitu pn rozinani bekerjasama dgn unit majlis ketua tingkatan iaitu puan salina dan puan suhaily.

Boleh klik di sini untuk contoh kertas kerja
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/01/kertas-kerja-bengkel-pengurusan-ketua.html

Kami membahagikan slot antara kami dengan aturcara berikut

Ucapan Aluan PK HEM iaitu
Pn Cheong Moi Lian

Taklimat mengenai pengurusan program Zoom Kehadiran Murid, program RAI hari jadi, Sambutan RIMUP di sekolah serta mentor mantee oleh Pn Nurhaiza

Taklimat keselamatan dan salah laku dalam kelas untuk ditangani oleh ketua dan penolong ketua tingkatan oleh Che Mohamad Padali

Taklimat pengurusan kelas seperti buku kawalan kelas, pass keluar kelas, kebersihan dan keceriaan kelas, pengurusan data kehadiran murid dalam kelas dan lain lain oleh setiausaha Majlis Ketua Tingkatan iaitu Pn Salina.

Pelantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan untuk sesi pagi dan sesi petang. Tahniah kepada Aliff Bin Abu Bakar selaku pengerusi majlis ketua tingkatan yg merupakan PRS.saya hihi dan tahniah pada Athirah juga naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan yg juga ahli PRS.

Semoga bengkel hari ini mencapai impak yg tinggi untuk kepimpinan yg dilantik.