SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 1 June 2016

Hari Anugerah Berhenti Merokok

Program anjuran Klinik Kesihatan Cheras bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bersama PRS Ting 4, aktiviti bengkel berhenti rokok ini merupakan satu input yang sangat informatif untuk murid mengambil bahan dan berkongsi untuk projek SLAD Skim Lencana Anti Dadah dan slot PRS memberikan taklimat kepada rakan  di sekolah. Program ini bercampur dengan jemputan dari pesakit yang telah berhenti merokok hasil klinik berhenti merokok tersebut, jururawat, ahli masyarakat setempat dan sebagainya. Maka aktiviti pembentangan mendapat respon dari pelbagai peringkat umur.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Ucapan Aluan oleh Dr Sheela Bai P. Selvam
Ceramah Kesedaran Berhenti Merokok oleh Dr Hafsyah Bt Mohd Abu Bakar
Ceramah Terapi Gentian Nikotik oleh Wong Mei Mei
Aerobik oleh Team Physio
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh En Kuzakwan B T.Bongsu

Slot bual bicara bersama ikon berhenti merokok iaitu perokok tegar yang mendapatkan khidmat doktor di klinik berhenti merokok untuk membantu mereka berhenti merokok. Ada kes yang hanya boleh dijalankan melalui kaunseling dan ada kes yang memang memerlukan terapi