SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday, 7 February 2016

Projek Juara Permata: Bersama ibu bapa

Program Perjumpaan Ibu Bapa Projek Permata Juara telah diadakan Jumaat 5 Feb 2016 pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi dihadiri 25 ibu bapa. Hampir 55% sasaran ibu bapa yang hadir ke program hari ini dari sasaran 40 ibu bapa. Program dijalankan dengan ucapan aluan oleh puan pengetua Pn Kamariah Bt Abu mengenai program ini dan ucapan terima kasih di atas kerjasama ibu bapa bagi menjayakan projek ini.
Seterusnya ialah ucapan dari guru cemerlang Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman yang merupakan penyelaras modul akademik untuk menerangkan mengenai modul akademik yang dijalankan. Ibu bapa mendapatkan nombor telefon semua mentor yang terlibat. Akhir sekali barulah saya selaku penyelaras program ini menerangkan mengenai perjalanan program ini di mana murid yang terlibat akan berada di bawah seliaan 3 mentor iaitu mentor kumpulan belajar, mentor mata pelajaran dan mentor kaunseling. dan juga saya menerangkan mengenai pelan tindakan seperti yang pernah saya post di entri blog ini mengenai pelan tindakan program permata 2016. Saya mengingatkan ibu bapa mengenai tarikh penting untuk ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah agar komitmen murid ini menyertai program Permata. Ibu bapa juga diingatkan agar mengatur jadual tuisyen murid kerana komitmen murid bersama mentor mata pelajaran juga diperlukan. Saya juga mengingatkan ibu bapa mengenai pentingnya emosi yang sihat dalam kalangan murid terutama jika murid ini kemurungan dan kesedihan di rumah . Hampir setiap tahun saya mempunyai kes kemurungan murid yang disebabkan ekspektasi akademik mereka hingga mengakibatkan murid ini bertindak tidak rasional . Oleh itu jika langkah pengesanan lebih awal dikenal pasti, maka langkah pencegahan awal dapat dijalankan sebelum murid mengalami masalah emosi yang parah.
Sesi soal jawab berjalan dengan baik dan ibu bapa diberikan peluang untuk bertanya mengenai apa sahaja yang mereka perlukan untuk diberikan penjelasan lanjut.

Saturday, 30 January 2016

Penetapan Matlamat dan Motivasi Ting 5

Semalam pada hari Jumaat 29 Jan 2016, kami mengadakan program motivasi dengan Coach Fadli. Kami sangat selected apabila mengendalikan program motivasi maklumlah apabila pengalaman program motivasi dengan guru kaunseling di sekolah sendiri berbanding dengan penceramah luar yang lebih segar penampilannya tentulah berbeza:) dan pendekatannya juga tentulah berbeza.
Program dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan guru kaunseling sendiri yang mengedarkan penetapan target SPM tahun 2016. Murid akan mengisi ruang TOV iaitu markah peperiksaan akhir tahun 2015 dan ETR iaitu target murid untuk SPM.
Slot Coach Fadli dari 8.45 pagi hingga 10.20 pagi dengan bayaran RM 320 yang dibiayai oleh PIBG.
Murid memberikan kerjasama yang baik dengan arahan Coach Fadli dan ransangan multimedia dan ransangan visual dan audio sangat signifikan dengan tajuk motivasi dan penetapan matlamat. Coach Fadli mempunyai terbitan buku-bukunya yang tersendiri dan berguna untuk rujukan murid.

Soal Selidik Kendiri Murid

Kami selesai mengadakan soal selidik kendiri murid secara key in di makmal komputer melalui satu kelas ke kelas yang lain untuk murid tingkatan 1 hingga 3.  Soal selidik kendiri murid wajib diadakan untuk semua murid ting 1 hingga 3 untuk melihat permasalahan murid yang lebih utama untuk difokuskan di sekolah. Sesi petang dikendalikan oleh guru kaunseling sesi petang. Sekiranya ada sahaja soal selidik yang perlu dijalankan untuk murid tingkatan 1 kami akan cuba membuat membuat terjemahannya. Soal selidik kendiri ini juga dibuat dalam dwibahasa dengan jasa baik oleh Cik Lie Kiet Wei selaku guru Bahasa Cina di sekolah kami yang sangat komited. Oh ye memang sangat mudah apabila murid dapat key in sendiri dan hasil pun kami dapat mengiranya dengan lebih tepat dan cepat.