Pada 15 Oktober 2014 semua pelajar ting 5 ke Kolej INTI di Nilai Negeri Sembilan untuk sesi motivasi menghadapi peperiksaan SPM. Antara aktiviti yg dijalankan ialah slot motivasi dan campus tour. Terima kasih kepada pihak kolej yg menaja makanan dan pengangkutan.
Thursday, 23 October 2014
Saturday, 18 October 2014
Ke MSU Shah Alam
Pada 14 Oktober pelajar PRS Ting 5 dan Ting 4 telah ke MSU di Shah Alam. Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan mengenai kursus dan peluang yg diadakan untuk pelajar. Pelajar dibawa ke fakulti fakulti yg terdapat di sini dan diberi penerangan oleh pensyarah yg berkaitan. Fakukti kesihatan memang menarik minat pelajar kerana mempunyai simulasi patung untuk proses bersalin, patung untuk membantu mangsa yg tercekik, dan keadaan bilik hospital seperti hospital sebenar. Kedua tentulah bilik mayat untuk student perubatan melakukan kerja kursus. Ketiga ialah fakulti seni reka fesyen yg mempunyai bilik umpama showroom yg sebenar. Keempat fakukti pengurusan spa dan pelbagai fakulti lagi. Semoga lawatan ini mendekatkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai keadaan sebenar dalam universiti.
Wednesday, 15 October 2014
Lawatan ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Kajang, Selangor
Sempena projek Dasar Warga Emas Negara, UBK membawa 35 pelajar kerumah jagaan warga emas pada 12 Oktober 2014. Program 3 jam disana dijalankan aktiviti sesi taklimat oleh Mr Meme selaku pengurus projek, sesi beramah mesra dengan warga tua dan sesi gotong royong membersihkan kawasan pusat tersebut. Diharapkan program hari itu berjaya mencapai objektif yang diingini iaitu memupuk sikap menghormati warga emas dalam masyarakat, menghargai sumbangan warga emas dan mempunyai sikap mengambil tahu warga emas yg tidak berkemampuan.