SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday, 30 June 2014

Pelancaran Nafas Baru Bermula Ramadhan

Program Nafas Baru Bermula Ramadhan dijalankan pada awal Ramadhan menggalakkan warga sekolah yg merokok menghentikan tabiat merokok melalui latihan di bulan puasa. Dengan tidak merokok selama hampir 14 jam melatih perokok untuk melengahkan niat merokok dan mengurangkan ketagihan merokok. Melalui latihan sebulan maka diharapkan perlahan lahan perokok akan menghentikan tabiat merokok

Kursus Kepimpinan Pengawas

Pada 26 Jun seramai 80 orang ahli pengawas sekolah terlibat dengan Kem Kepimpinan di Agrotek Hulu Langat Selangor.
Program bermula dengan ceramah dari guru disiplin sekolah iaitu Encik Mohd Noor Bin Mat Deris dan bersambung dengan ceramah dari Encik Che Mohd Padali .
Bagi aktiviti team building dikendalikan oleh petugas resort iaitu obstacle.

Wednesday, 18 June 2014

Kempen Kesedaran Penggunaan Elektrik

Hari ni ada program di SM Agama Wilayah Persekutuan KL. Jika guru kaunseling yg kena attend apalagi ambil student PRS sebagai peserta. Program bermula pukul 12 dah agak lewat. Ada sesi seminar dan pertandingan membina menara tnb dan menyalakan mentol. Kemudian sesi ceramah bersambung kembali. Yang menariknya student 8 orang ni dapat tempat ketiga. Memang tak sangka tapi alhamdulillah rezeki mereka. Tahniah!