SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday, 19 January 2017

Bengkel Penetapan Matlamat PT3 dan SPM

Projek ke 3/2017 bengkel penetapan matlamat pt3 dan spm yg diadakan hari ini.
Oleh kerana program ini juga merupakan aktiviti sarana sekolah yg memerlukan penglibatan ibu bapa, maka semua ibu bapa ting 3 dan 5 dijemput hadir bersama sama. Walaupun hampir 80 ibu bapa yg hadir ia adalah 15% sahaja dari jumlah ibu bapa murid ting 3 dan 5.

Bengkel ini dimulakan dgn slot taklimat oleh Encik Che Padali mengenai borang penetapan matlamat, Disusuli oleh puan pengetua untuk ucapan aluan kepada ibu bapa yg hadir dan nadihat untuk murid pt3 dan SPM. 


Slot kemudiannya disambung oleh En Nor Sazali penceramah jemputan dari LPPKN selama sejam 15 minit. Tajuk ceramah berkaitan dgn penetapan matlamat sokongan ibu bapa terhadap anak. Selain itu sasaran penceramah juga untuk murid ting 5 sbg ceramah motivasi diri. 

Slot penetapan matlamat ting 3 disambung oleh cikgu nurhaiza che mat

Sunday, 15 January 2017

Bengkel Pengurusan Kokurikulum AJK Murid

Salam pagi Sabtu yg ceria.
Projek kedua UBK untuk tahun ini ialah bengkel pengurusan kokurikulum untuk murid bagi AJK badan beruniform, persatuan dan permainan. AJK merupakan pengerusi dan setiausaha setiap badan kokurikulum. 2 org setiap wakil badan kokurikulum menjadikannya 132 org yg menyertai program ini.
Boleh rujuk kertas kerja saya untuk bengkel ini melalui
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/12/kertas-kerja-bengkel-pengurusan.html?m=1
Antara aktiviti ialah
- cara membuat ice breaking agar perjumpaan pertama minggu depan mesti buat aktiviti slot ice breaking dikendalikan oleh Cikgu Padali
- cara membuat buku laporan perjumpaan dikendalikan oleh PK Kokurikulum
-cara membuat rancangan tahunan oleh PK Kokurikulum
- cara menyediakan modul ice breaking oleh Cikgu Padali
-cara menulis kertas kerja oleh Pn Nurhaiza..saya sendiri
Pada bengkel pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari AJK murid akan bersama guru penasihat masing masing untuk berbincang aktiviti tahunan

Sunday, 8 January 2017

Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Cheras

Minggu orientasi berlangsung 4 hari anjuran UBK dengan pelbagai aktiviti dari masa 1 hingga sblm rehat. Selepas rehat adalah aktiviti pdp di dalam kelas.
Antara taklimat yg dijalankan ialah taklimat disiplin, taklimat biasiswa, taklimat koperasi, taklimat kokurikulum, taklimat VLE Frog, taklimat buku teks, taklimat penggunaan pusat sumber dan program NILAM, taklimat kaunseling dan latihan nyanyian lagu sekolah.
Selamat datang dan semoga murid murid baru SMK menjadi anak anak yg berdisiplin. Dengan rekod mencecah 400 murid baru tingkatan 1 dan peralihan...maka perghh juga menguruskan mereka tahun ni. Tahun ni dgn pembaharuan 2 kelas muzik ting 1 akan diletakkan di sesi pagi.