SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday, 20 February 2016

Pementoran Juara Permata

perjumpaan pertama pada 3 Feb antara mentor dengan murid program Permata di bilik mesyuarat pada masa NILAM. Sesi berkenalan antara mentor dan mantee dijalankan agar saling mengenali dan membuat temujanji dan merancang strategi untuk meningkatkan akademik masing - masing sama ada akademik individu atau akademik dalam kumpulan. perjumpaan  berlangsung selama 30 minit. Setiap ahli kumpulan akan duduk bersama dengan mentor masing - masing dan membentuk 8 kumpulan. Mentor terdiri dari pentadbir iaitu pengetua, penolong kanan dan ketua bidang yg bertindak selaku mentor kumpulan

Friday, 19 February 2016

Program RAI Februari

Sambutan RAI : Raikan Anda Yang Istimewa semalam dijalankan sebelum program persembahan RIMUP Tahun Baru Cina. Selamat Hari Jadi kepada semua penerima hadiah hari jadi yang diraikan. Tidak ramai baby Februari di sesi pagi hanya 45 orang sahaja.  Selamat Hari Jadi juga kepada 5 orang guru yang menyambutnya pada bulan Februari iaitu Pn Zizawani Fauzi, Puan Murni Jali, Ustaz Nasrun Ahmad, Pn Zalilah dan Pn Jasbir Kaur. Kepada murid -murid semoga sukses dalam kehidupan dan kepada para guru yang juga kawan-kawan sekerja saya..semoga dimurahkan rezeki :)

Thursday, 18 February 2016

RIMUP Tahun Baru Cina

Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yg dianjurkan oleh saya selaku penyelaras program Guru Penyayang. Di bawah sambutan perayaan,  saya mengadakan program mentor mantee Guru Penyayang berbentuk jamuan makan bersama antara mentor dan mantee dalam bentuk pot luck. Memandangkan komposisi kaum Cina hampir 47 peratus juga di sekolah ini, sudah tentulah satu sambutan yg muhibbah diraikan di sekolah. Kami mengadakan program sewaktu perjumpaan kokurikulum pada pukul 1.10 tengah hari hingga pukul 3 petang dan murid murid menikmati makan tengah hari bersama guru kelas dan guru mentor kelas masing masing. Dari hari Isnin lagi sy mengingatkn murid bahawa aktiviti makan bersama bukanlah pertandingan kelas mana membawa mkn paling sedap atau kelas mana yg membawa mkn paling byk! Yang penting perasaan kekeluargaan apabila dapat mkn bersama sama dlm keluarga besar anda. Ibarat anda makan mkn sedap seperti KFC tetapi bersendirian di meja mkn berbanding org yg mkn roti canai tetapi bersama ahli keluarga ada ibu dan ayah di meja makan dan dalam suasana yg menyeronokkan...tentulah suasana itu yg ingin disemai dalam diri sahsiah anak anak.
Pada pukul 2 ptg semua berkumpul di dewan untuk menyaksikan persembahan RIMUP pelbagai kaum dengan dimulakan dengan nyanyian beramai ramai lagu Cina, persembahan silat, persembahan yoyo Cina dan sketsa pendek mengenai sosialisasi masyarakat yg berbilang kaum.
Orait dari 12.30 hingga 3.15 petang sy umpama tokey funfair hahaha..ke hulu hilir memastikan program berjalan lancar dgn team PRS Ting 5 yg membantu. Selesai sahaja dewan dikemas, barulah terasa kakiku ..uhuk uhuk ..i need a massage please.