perjumpaan kelab kerjaya semalam ialah membina logo untuk kumpulan masing - masing. Seramai 21/35 orang murid yang hadir hari ini. Aktiviti yang kami jalankan ialah murid melukis logo kumpulan masing- masing dengan konsep logo kerjaya untuk pembangunan negara. Setelah siap logo tersebut, mereka perlu membentangkan logo masing - masing dan rasional logo tersebut dilukis.
Thursday, 21 January 2016
Saturday, 16 January 2016
Sesi Ice Breaking Mentor Mantee
Hari pertama perjumpaan mentor 1 dan 2 dengan mantee masing masing di kelas pada 11 Jan 2016. Bagi slot mentor mantee ini diadakan pada masa kesembilan pada pukul 1.10 tgh hari hingga 1.50 tgh hari.
Modul sesi ice breaking dijalankan dengan baik iaitu sesi berkenalan bagi semua tingkatan memandangkan pelbagai latar belakang murid di kelas baru mengenai biodata diri yang ringkas manakala murid tingkatan lima juga menjalankan ice breaking isu lain memandangkan sudah setahun bersama sebagai rakan sekelas.
UBK juga mencetak senarai nama dan hari jadi masing - masing untuk diperiksa oleh murid dalam kelas tersebut bagi mengesahkan hari jadi masing masing bagi projek RAI anjuran UBK yg akan bermula pada minggu hadapan.
Mesyuarat Agong Kelab Kerjaya SMK Cheras
Hari perjumpaan pertama Kelab Kerjaya bagi sesi 2016 pada 12 Jan. Mesyuarat Agong pertama dijalankan bagi melantik AJK yang baru. Tahun ini kami mendapat 35 orang ahli Kelab Kerjaya. Cikgu Padali menerangkan mengenai perlembagaan Kelab, tarikh perjumpaan dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun dan disiplin Kelab Kerjaya. Ahli juga diminta untuk membuat kumpulan kecil yang terdiri dari 5 kumpulan dengan melantik ketua kumpulan pula.
AJK Kelab Kerjaya bagi tahun 2016
Pengerusi : Nur Hasanah Bt Abu Bakar 4 Alpha
Naib Pengerusi: Husnaalea Bt Rosli 5 Beta
Setiausaha : Nurin Hanisah Bt Alhajar 4 Alpha
Naib Setiausaha : Amir Husaini Bt Ahmad Zaki 4 Beta
Bendahari : Muhd Iqbal B Azhar 4 Beta
Naib Bendahari :Zaidatul Ilma Bt Purwadi 4 Alpha
AJK Ting 5 : Chan Sim Yee 5 Ibnu Khaldun
AJK Ting 4 : Aiman Arif Bin Abdul Ramli 4 Alpha
AJK Khas : Muhd Amir Nurruddin
Tahniah kepada yang dilantik! Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik