SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday, 9 January 2016

Majlis Perpisahan PK HEM

PK HEM  Puan Sapura Bt Amat merupakan boss  yang memang terkenal dengan suara lantangnya. Hubungan PK HEM dan guru kaunseling di mana mana sekolah sepatutnya seperti isi dan kuku. Begitulah hubungan profesionalisme itu berjalan di sekolah ini antara PK HEM dan guru kaunseling yang menyebabkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan jika boss anda sendiri yang menyokong anda dan memberikan peluang untuk anda meneroka idea anda sendiri, menjalankan try and error aktiviti yang inovasi dan amalan terbaik yang akan dijalankan. Dengan sokongan dari boss anda sendiri maka anda lebih berani untuk meneroka lebih jauh idea dan berfikiran luar kotak.
Semoga lebih cemerlang di tempat baru Puan Sapura

Bengkel Kepimpinan Pengawas

Pada 8 Jan 2016, UBK mengadakan bengkel kepimpinan pengawas.
Aturcara bengkel pengawas
Pendaftaran
Ucapan pengetua
Ucapan PK HEM: Kepimpinan Badan Pengawas
Taklimat ketua guru disiplin: Pengurusan Disiplin Sekolah
Taklimat guru penasihat pengawas: Penampilan Pengawas
En Che Mohamad Padali: Prosedur pengurusan di tapak perhimpunan
Puan Nurhaiza Che Mat: Kemahiran Penyelesaian Masalah

Saturday, 2 January 2016

Hari Orientasi Ting 1 2016

Pada 31 Dis 2015, Hari orientasi tingkatan satu berjalan seawal pukul 8.00 pagi. dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Aktiviti dijalankan pada dua tempat yang berbeza iaitu satu didewan untuk ibu bapa manakala di tapak perhimpunan untuk murid-murid baru tingkatan satu. UBK selaku penyelaras program dengan Cikgu Rozinani Awang merupakan penyelaras program.

Aturxara di dewan
- Ucapan puan pengetua
-Ucapan Naib YDP PIBG Dato'Dass
-Taklimat Kelas Muzik
-Taklimat Kelas Aliran Agama
-Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Taklimat Guru Kaunseling oleh saya :)

Aturcara di tapak perhimpunan:
- Taklimat guru disiplin
- Taklimat kelas muzik
- Persembahan muzik
- Lawatan sekitar sekolah
- Pengagihan kelas
- Pengambilan buku teks