SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday, 9 April 2014

Pelancaran Minggu HEM

Perasmian Minggu HEM dijalankan pada 7 April 2013. Pihak sekolah menjemput Inspektor Perhubungan Sekolah untuk merasmikan program tersebut dengan melepaskan burung burung dari sangkar dan menyampaikan ceramah mengenai disiplin pelajar. Persembahan dari pelajar dikir barat memeriahkan acara dengan tajuk pendidikan pencegahan dadah.

Program Mentor Mantee Permata

Pada 5 April program mentor mantee permata  dijalankan. Kami mengambilkira pelajar yang mendapat rankng terbaik tahun lepas. Pelajar tersebut diberikan surat mentor mantee dan memilih mentor masing masing mengikut subjek yg mereka lemah. Setiap kategori pelajar di sekolah ini diberikan pendekatan yg berbeza. Panitia mata pelajaran mengadakan pelbagai pendekatan untuk pelajar cuma projek mentor mantee permata ini merupakan projek di bawah Unit Bimbingan Kaunseling yang membantu menfokus kepada pelajar cemerlang dari aspek psikososial dan akademik. Di bawah projek kaunseling berfokus pelajar cemerlang,  aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan syarat penglibatan ibu bapa sewaktu taklimat agar ibu bapa dapat mengetahui penetapan matlamat anak anak.  Program ini.berjalan lancar dan seramai 40 ibu bapa yang hadir.

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang ialah program yg kami wujudkan di bawah projek Guru Penyayang. Program dijalankan pada 31 Mac 2014. Hasil penilaian pelajar kami wujudkan anugerah guru penyayang kategori panitia, mentor penyayang dan sambutan pelajar di pagar sekolah. Penyampaian hadiah di kendalikan sepenuhnya oleh ahli PRS. Tahniah kepada panitia Sains dan Matematik Ting 3, panitia Bahasa Melayu Ting 4 dan panitia Bahasa Inggeris Ting 5.

Manakala mentor penyayang ialah bagi sesi pagi ialah mentor 5v3, 5k3, 4S2 dan 3S. Manakala guru sambutan mengalukan pelajar berdasarkan setiap wakil rumah dan pengurusan. Tahniah kepada para pemenang.