SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 22 March 2016

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2016

Kursus PRS Tahap Sulung, Muda dan Bongsu dijalankan serentak pada 11 Mac hingga 12 Mac bertempat di sekolah.
Aktiviti LDK:
Sulung
Membuat Mandala untuk konsep kendiri
Melatih PRS menjadi fasilitator untuk ice breaking dan team building
Melatih PRS menjadi ahli fasilitator untuk kelompok kecil bimbingan kelompok
Melatih PRS menjalankan aktiviti Super VAKS
Aktiviti Tahap Bongsu dan Muda
Konsep kendiri
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kemahiran Bekerja Berpasukan
Aktiviti dijalankan pada pukul 3.00 petang pada hari Jumaat 11 Mac 2016 dan berakhir 12 Mac 2016 pada pukul 4.00 petang. Kami berpecah kumpulan. Saya mengendalikan modul untuk PRS Sulung yang majoritinya murid ting 4 manakala Puan Raudzah untuk modul PRS Bongsu Dan Muda. Latihan fasilitator dijalankan untuk PRS Ting 5 minggu ini agar dapat refresh semula aktiviti bimbingan LDK yang pernah dikendalikan mereka. Manakala pengagihan tugas dan aktiviti MASS iaitu kelompok besar perlu dibincangkan bersama.
Saya juga menjemput PRS Bestari batch 2015 yang baru sahaaj menerima keputusan SPM mereka untuk membantu saya menguruskan murid - murid ini. Aktiviti LDK dikendalikan oleh saya untuk latihan fasilitator bimbingan kelompok manakala latihan fasilitator untuk MASS dikendalikan oleh Cikgu Padali manakala Rozi dan Raudzah mengenadlikan Peringakat Bongsu dan Muda.
Terima kasih kepada semua ahli PRS Ting 5 yang membantu mengendalikan program dan barisan fasilitator untuk tahap sulung dikendalikan oleh senior mereka tahun 2015 yang telah mencapai bestari.