WABAK
DENGGI Malaysia
AISYAH BT ZUKRI &
DIYANAH QISTINA AMIRAH BT MOHD SIDI
TING. 3 CERIA, SMK
CHERAS, KUALA LUMPUR
Pada tahun 2013,
sebanyak 29,754 kes demam denggi dicatatkan dari bulan Januari hingga 2 November.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jumlah kes demam denggi
pada tahun 2013 menunjukkan peningkatan kira-kira 10,000 berbanding kes pada
tahun 2012 yang mencatat jumlah sebanyak 18,268.
Selangor
mencatat jumlah kes denggi paling tinggi antara seluruh negeri dalam Malaysia
iaitu kira-kira 15,000 kes dilaporkan. Perubahan iklim di negara merupakan
antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi.
Pada tahun 2015
pula, statistik denggi dari 4 hingga 10 Oktober menunjukkan, sejumlah 2,242 kes
dilaporkan, meningkat 164 kes (7.9%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu
2,078 kes. Terdapat sepuluh negeri menunjukkan peningkatanberbanding minggu
sebelumnya.
NEGERI KES
PERATUS
SELANGOR
|
54
|
5.9%
|
NEGERI SEMBILAN
|
29
|
111.5%
|
MELAKA
|
24
|
68.6%
|
PAHANG
|
23
|
46.0%
|
SARAWAK
|
20
|
26.9%
|
PERAK
|
16
|
11.4%
|
WP KL & PUTRAJAYA
|
11
|
5.9%
|
SABAH
|
8
|
14.5%
|
PERLIS
|
23
|
300%
|
TERENGGANU
|
3
|
10.0%
|
Jumlah kumulatif
kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 10 Oktober tahun 2015, adalah
94,064 kes, berbanding 78,756 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014,
peningkatan sebanyak 19.4% (15,308 kes).
Bagi tempoh yang
sama terdapat lapan kematian dilaporkan,iaitu masing-masing 2 kematian di
Pahang dan Selangor manakala masing-masing satu kematian dilaporkan di Kedah,
WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah. Jumlah kumulatif
kematian denggi sehingga kini adalah sebanyak 261 kematian, berbanding 149
kematian bagi tenpoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 112 kematian
(75.1%).
Untuk membendung
peningkatan kes Denggi ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar pihak
masyarakat meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi melakukan aktiviti cari
dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran rumah
masing-masing. Ini kerana sikap segelintir individu yang masih mengabaikan
aspek kebersihan tempat tinggal menjadi antara punca berlakunya peningkatan kes
Denggi pada masa ini.