SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 18 October 2014

Ke MSU Shah Alam

Pada 14 Oktober pelajar PRS Ting 5 dan Ting 4 telah ke MSU di Shah Alam. Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan mengenai kursus dan peluang yg diadakan untuk pelajar. Pelajar dibawa ke fakulti fakulti yg terdapat di sini dan diberi penerangan oleh pensyarah yg berkaitan. Fakukti kesihatan memang menarik minat pelajar kerana mempunyai simulasi patung untuk proses bersalin, patung untuk membantu mangsa yg tercekik, dan keadaan bilik hospital seperti hospital sebenar. Kedua tentulah bilik mayat untuk student perubatan melakukan kerja kursus. Ketiga ialah fakulti seni reka fesyen yg mempunyai bilik umpama showroom yg sebenar. Keempat fakukti pengurusan spa dan pelbagai fakulti lagi. Semoga lawatan ini mendekatkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai keadaan sebenar dalam universiti.