14 Jun Hari enjoy PRS Form 5 di taman tema Gold Coast Morib. Dengan bayaran rm100 sahaja dan selebihnya ditanggung oleh UBK. Pagi Sabtu 8.30 pagi bertolak ke sana dan tiba pada pukul 10.30 pagi. Sampai je masuk taman tema hingga pukul 3.30 petang dan check in pukul 4.00 petang. Pukul 5.30 petang keluar semula untuk bermain kayak, bola sepak pantai, flying fox ke laut dan menikmati matahari terbenam. Pukul 8.30 malam kami ke pantai Morib untuk menikmati ikan bakar, kerang rebus, tomyam ayam, udang goreng butter perghhh di bawah cahaya bintang dan bulan..dengan alunan muzik dari busker. Pukul 10.30 malam kami balik ke hotel dan main karaoke. Geng lelaki in small room dan geng perempuan bilik vip huhuhu. Apalagi tunggang langgangla test suara.
Esok hari Ahad kami bersiar siar di pantai sahaja sebelum check out pukul 12.00 tengah hari.