SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 22 May 2012

Kursus Berfikir Tinggi 1

Kumpulan definisi pertama menyatakan berfikir sebagai sesuatu yang berlaku. Antara definisinya ialah :
"Perkara-perkara non-material yang berlaku dalam minda".
"Proses-proses mental yang dibuat oleh diri sendiri".
"Secara amnya, sebarang proses mental tanpa mengira sama ada terdapat hasil ataupun tidak".
"Pemprosesan data oleh minda".



Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey, 1933, di mana beliau melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Pemikiran manusia telah berkembang sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaran yang sukar.

Kemahiran berfikir biasanya diajarkan sebagai aktiviti tambahan bagi pelajar-pelajar yang pintar supaya mereka menerima pendidikan yang lebih luas daripada kurikulum sekolah yang ada. Guru-guru dan ibu bapa mereka sengaja mencipta keadaan-keadaan di mana mereka akan terdorong untuk berfikir secara divergen dan serta mengasah bakat inventif yang ada pada mereka. Mereka digalakkan supaya mengemukakan pendapat secara terbuka dan dibiarkan cuba menyelesaikan pelbagai masalah dengan menggunakan pelbagai proses berfikir secara logikal dan kreatif.

Di Malaysia, pelajar-pelajar pintar yang terpilih belajar di Maktab Rendah Sains Mara sebagai contoh, belajar kurikulum berfikir di mana mereka diberikan silibus CoRT Dr. Edward de Bono. Sesetengah sekolah menubuhkan pelbagai kelab dan persatuan yang mengadakan pelbagai aktiviti supaya pelajar-pelajar dapat mengasah kemahiran mereka untuk berfikir terutamanya kemahiran kreatif.



Sumber : Buku bertajuk KURSUS BERFIKIR TINGGI. Penulis : AINON DAN ABDULLAH