SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday, 21 April 2016

Bengkel Minda Sihat 2016

Bengkel Minda Sihat dijalankan pada 20 April 2016.
Hari ini merupakan hari intervensi pertama untuk murid yang terlibat dengan saringan DASS yang memerlukan intervensi khusus. Program ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga  2 petang. Antara aktiviti yang dijalankan kepada 43 murid sasaran ialah:
1. Sesi ice breaking
2. Ceramah Menangani Stres oleh Dr Nazeerah dari Klinik Kesihatan Cheras
3. Bengkel Penyelesaian Masalah Berdasarkan IDEAL
4. Perbincangan Kumpulan Mengenai Situasi Bermasalah Dan Pembentangan Kumpulan
5. Aktiviti Team Building oleh Jururawat Klinik Kesihatan Cheras
6. Terapi Relaksasi Otot Dan Imaginasi oleh ahli fisiologi Cik Rajesh dari Klinik Kesihatan Cheras
7. Sesi penyampaian cenderamata
8. Sesi bergambar
9. Sesi kaunseling kelompok

Saturday, 16 April 2016

Pelancaran SUIT

Program SUIT dilancarkan pada 11 April 2016 dengan kerjasama dari PRS tingkatan 4 yg melakonkan sketsa khas untuk program Sahsiah Unggul Individu Terbilang. Pada majlis ini juga murid kategori Ant dan Ultimate menerima sijil penghargaan

Sunday, 10 April 2016

Karnival PPDa

Hari ni team UBK ke SMK Seri Permaisuri untuk bertugas selaku AJK PPDa Pertandingan Dikir Barat Karnival PODa Zon Pudu. Sekolah menghantar 3 penyertaan iaitu dikir barat dengan Cikgu Padali juga selaku guru pembimbing, sajak dan poster.

Tahniah kepada team dikir barat selaku naib johan.dan johan sajak. Tok juara dikir barat juga dimenangi oleh SMK Cheras