Bilik Kaunseling juga merupakan sumber maklumat yang penting yang menempatkan pelbagai maklumat yang berguna untuk rujukan murid dan guru. Antaranya sudut kerjaya, sudut inventori, sudut dokumentasi sekolah, sudut Minda Sihat dan sudut PPDa
Sunday, 27 September 2015
Bilik Kaunseling SMK Cheras Kondusif Dan Berfungsi
Fungsi Bilik Kaunseling SMK Cheras yang digunakan untuk sesi kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok, sesi konsultasi, bilik bimbingan kelas, sesi perbincangan rakan sebaya, sesi menonton televisyen. Di luar bilik kaunseling terdapat sudut membaca yang menempatkan rak pelbagai bacaan yg digunakan oleh murid untuk membaca sewaktu rehat, jika datang awal ke sekolah atau jika balik lewat menunggu dijemput dari balik sekolah. Selain itu UBK juga mempunyai taman Minda Sihat yg menempatkan Wakaf Minda Sihat untuk aktiviti santai murid sambil menjalankan teknik relaksasi
Bengkel Tutor On Line Utusan - YPC
Pada 19 Sept, Cikgu Nurhaiza selaku guru penyelaras projek tutor online Utusan dengan kerjasama YPC bersama murid yang terlibat dengan projek tutor ini menghadiri taklimat dan bengkel pendaftaran murid ke portal online. Murid terpilih merupakan murid tajaan YPC yang mana pakej dilanggan merupakan RM100 untuk setahun.
Dataraya tutor boleh diakses di www.tutor.com.my
dan dibangunkan untuk kepelbagaian platform penggunaan sama ada komputer meja, telefon pintar, tablet dan sebagainya -android, IOS atau windows. Program atas talian merupakan edisi naik taraf versi asal tutor.com.my. Setiap bahan yang digunakan murid akan diemaikan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kegunaan bahan -bahan ini dalam kalangan murid terpilih. Ia juga membantu memudahkan guru kerana pengguna dibenarkan mengintegrasi, memanipulasi serta membuat simpanan bahan siap, mencetak, mencari bahan tambahan internet, membuat salinan dan sebagainya di atas satu paparan skrin yang sama.
Bagi murid yang terpilih ini, mereka perlu log in ke http:www.tutor.com.my/ypc dan memasukkan username dan password yang telah diberikan. guru penyelaras akan memantau hasil tugasan berdasarkan pendaftaran murid menggunakan email guru. Murid boleh terus menyemak hasil kerja mereka kerana jawapan sama ada betul atau salah diberikan respon oleh sistem.



