29 Julai 2015 , UBK ke Institut Latihan Perindustrian Jln Kuchai Lama. Selalu dengar mengenai ILP sahaja dan ia terletak di kawasan yang sangat strategik. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras. Program ini melibatkan tiga buah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cheras, SMK Puterijaya dan SMK Convent Jalan Peel. Melawat kawasan ILP dan melihat sendiri kemudahan dan bengkel yang dijalankan diharap dapat menarik minat murid. Sesi taklimat dan soal jawab juga berjalan dengan lancar menambahkan lagi kefahaman murid mengenai kursus yang ditawarkan di ILP. Setahun pengambilan ke ILP sebanyak dua kali.
Sunday, 2 August 2015
Jamuan Raya PRS
Baru berpeluang hari ini untuk mengadakan pot luck untuk PRS. Dari awal Syawal lagi mereka bertanyakan jamuan raya dan duit raya dari UBK huhuhu. Dah takda tarikh yg sesuai. Walaupun jamuan raya sekolah secara mega akan diadakan Sabtu depan, tetapi bonding PRS untuk mengadakan jamuan antara keluarga PRS sahaja tetap dijadikan takwim tahunan.
Thursday, 30 July 2015
Pengedaran buku afterschool
Terima kasih diucapkan kepada afterschool.com yang sudi hadir ke sekolah dan mengedarkan buku ulangkaji SPM secara percuma kepada semua murid tingkatan 5 sekolah ini. Bagi murid murid yang inginkan jawapan dari kertas soalan ini bolehla ke laman web afterschool.com
Subscribe to:
Posts (Atom)



