SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday, 23 February 2015

Ujian Urin Di Sekolah

Hari ni urin test diadakan digym dengan memilih pelajar secara rawak sama ada pelajar yg pernah terlibat dengan masalah disiplin atau pelajar yg tidak bermasalah. Urin test.bagi mengenalpasti sama ada dadah morfin, ganja, heroin, amphe dan meta. Tahun ini pelajar yg disaring negatif urin test satu kelegaan juga bagi pihak kami.

Sunday, 15 February 2015

Angpow projek Guru Penyayang

Pada Jumaat lepas, penyerahan angpow kepada pelajar berbangsa Cina yg layak menerima bantuan kewangan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Menjadi tradisi di sekolah ini, guru berbangsa Cina akan menyumbangkan kewangan mereka sendiri untuk angpow ini. Selain dari peruntukan PIBG. Sebanyak RM 1040 diagihakan kepada pelajar sesi pagi dan petang yg layak.

Saturday, 14 February 2015

Anugerah Guru Bestari

Tahniah kepada Cikgu Padali selaku penerima anugerah guru bestari dari Yayasan Pendidikan Cheras bagi 2015. Satu kejayaan buat UBK apabila dua kali berturut guru kaunseling dari sekolah ini yg terpilih untuk anugerah ini bagi calon tunggal sekolah. Diharapkan tahun akan datang calon guru kaunseling juga sebagai penerima anugerah :)

Dan menambahkan kegembiraan warga sekolah apabila pasukan sape lele sekolah mendapat sumbangan 100k untuk tajaan persembahan ke Turki. Terima kasih Perdana Menteri.