SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday, 9 February 2015

Program Minda Sihat

Hari ini semua ting 4 terlibat dengan ujian saringan DASS, ujian Gaya Daya Tindak dan pemeriksaan obesiti. Hasil dari ujian ini , UBK akan mengenalpasti pelajar yg mempunyai saringan teruk dan sangat teruk dalam ujian DASS untuk terlibat dengan intervesi dan sesi kaunseling. Manakala staf klinik pula akan mengambil seawal dari ringan hingga ke sangat teruk.

Friday, 6 February 2015

Psikometrik 1C

Memandangkan 1C tahun ini berada di sesi pagi maka pengujian psikometrik tidak dijalankan bersama kumpulan pelajar ting 1 sesi petang yg telah dijalankan. Cikgu Padali mentadbir ujian di dalam kelas 1C sahaja.

PPSDM Operasi Cegah Lewat

5 dan 6 Februari 2015 operasi cegah lewat. Kami menjalankan sesi kaunseling kelompok dan mengenalpasti punca pelajar lewat ke sekolah. Kumpulan pelajar yang layak menerima surat amaran 1 juga dikumpulkan dalam satu kumpulan iaitu kekerapan pelajar lewat ke sekolah selama lebih tiga kali dalam bulan Januari. Ketua guru disiplin juga membantu dalam memberikan tindakan yg melanggar peraturan sekolah